Saturday, April 11, 2009

Langkah-langkah menempah & membeli barang-barang di Penang Scout Shop

Kepada Semua Sekalian,

Berikut merupakan langkah-langkah untuk berusursniaga dengan Penang Sout Shop

Langkah 1 : melawat ke blog beralamat http://penangscoutshop.blogspot.com/ untuk menyemak harga dan pemilihan produk-produk.

Langkah 2 : menyenaraikan barang-barang yang anda kehendaki, kemudian menempahnya melalui emel yang beralamat penangscoutshop@gmail.com
(Sila nyatakan dengan jelas barang-barang yang anda kehendaki)

Langkah 3 : Pegawai bertugas akan membalas emel anda dalam masa 48 jam dengan jumlah harga yang anda perlu bayar.

Langkah 4 : Pelanggan diminta membalas emel berkenaan dengan persetujuan anda akan membayar bayaran yang dinyatakan diatas.

Langkah 5 : Pegawai bertugas akan membalas emel berkenaan dan menyatakan maklumat bank dan nombor akaun bank kepada anda & anda dikehendaki bank-in jumlah yang dinyatakan seperti diatas.

Langkah 6 : Barang-barang tempahan HANYA AKAN dikirimkan kepada anda selepas pihak pengurusan menerima pembayaran.
(Pelanggan diminta membalas emel dan menyatakan barang-barang anda telah diterima)

Anda boleh membuat pembayaran melalui cara-cara seperti berikut:-

1.) Cheque (membayar melalui cheque deposit mesin)
2.) Direct bank-in (membayar melalui cash deposit mesin atau over the counter)

Cara-cara pengiriman oleh pihak pengurusan

1.) Pos Express
2.) Pos Laju

Bayaran untuk pengiriman

Pihak pengurusan akan mengenakan caj penghantaran kepada pelanggan yang ingin kami mengirimkan barang-barang kepada anda. Bayaran caj penghantaran (postage charges) adalah tergantung kepada berat dan jenis-jenis barang berkenaan.

Penghantaran barang-barang melalui Pos Malaysia hanya akan dijalankan pada hari Isnin dan hari Selesa sahaja pada setiap minggu.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan mengenai pernyataan diatas, sila berhubung dengan kami di alamat emel berikut: penangscoutshop@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Pihak Pengurusan
Penang Scout Shop

No comments: